Pelajar sekolah maut motor bertembung kereta - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah maut motor bertembung kereta

Pelajar maut
KEADAAN mayat mangsa dan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pelajar sekolah lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan dekat Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu melibatkan mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, ketika kejadian sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju ke daerah ini.

“Setibanya di lokasi, kereta berkenaan memotong sebuah kenderaan lain yang berada di hadapannya. Namun, pemandu lelaki itu kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kemalangan itu mengakibatkan pelajar sebuah sekolah menengah itu tercampak ke sebelah kiri jalan.

“Mangsa yang mengalami cedera parah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi roses bedah siasat,” ujarnya.

Tambah Mohd. Ambia, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN