Pekerja wanita dicabul lelaki asing dua hari - Utusan Malaysia

Pekerja wanita dicabul lelaki asing dua hari

Pekerja dicabul
LELAKI warga asing yang diburu polis berhubung kes cabul seorang pekerja wanita dekat sebuah pusat beli-belah Bandar Bestari di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang gadis yang bekerja dekat gerai sebuah pusat beli-belah di Bandar Bestari di sini, melalui detik menakutkan apabila mendakwa dicabul lelaki warga asing selama dua hari berturut-turut.

Kejadian malang menimpa mangsa tempatan berusia 19 tahun itu berlaku pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 40-an menghampiri mangsa di gerai itu, kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurutnya, suspek kemudian didakwa menyentuh dan meraba peha selain mahu mengoyakkan seluar jeans gadis tersebut.

“Pada pukul 11 pagi keesokkan harinya (Ahad), mangsa didatangi lelaki sama yang menyentuh bahunya. Mangaa bertindak menepis tangan suspek dan memarahi perbuatan mencabulnya itu lalu membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Hoong Fong, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.

“Polis sedang berusaha mengesan dan menahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Schin.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×