KUALA LUMPUR: Genap sebulan dilantik mewakili warga Israel, Avitan Shalom, peguam bela, Datuk Naran Singh memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini, semalam beliau menarik diri daripada mewakilinya. Peguam terbabit tidak memberikan sebarang alasan spesifik kecuali menyatakan ‘menarik diri atas alasan peribadi.’ Difahamkan, peguam bela, Navinjit Singh juga menarik diri atas alasan yang tidak diketahui. Ketika ini Shalom diwakili peguam, Jeffrey Ooi. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan Hakim…