KUALA LUMPUR: Isu pembangunan dan infrastruktur Pasar Datuk Keramat di ibu negara yang tertangguh perlu diberi perhatian kerana keadaan di pasar itu sangat daif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan di situ mengalami masalah selepas diserahkan kepada syarikat swasta. “Saya tengok (pembangunan) memang bermasalah bila beri kepada syarikat swasta, (tetapi) (mereka) gagal dan DBKL ambil semula. Saya fikir pembangunan itu perlu diberi perhatian kerana kawasan itu sangat daif.…