Parti lain boleh mimpi, PKR pertahan kerusi DUN Api-Api, Inanam - Mustapha

Parti lain boleh mimpi, PKR pertahan kerusi DUN Api-Api, Inanam – Mustapha

MUSTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti-parti lain boleh bermimpi sekiranya ingin merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dan Inanam daripada PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata.

Menurut beliau, PKR akan mempertahankan kerusi DUN Api-Api dan Inanam yang dimenangi oleh parti itu pada PRN lalu.

“Sudah tentu, Api-Api dan Inanam kita akan pertahankan, ini tidak perlu dipersoalkan. Jadi saya harap mana-mana parti lain boleh mimpi tapi, kita akan pertahankan.

“Namun, kita juga akan pastikan memang aka nada tambahan, kita tidak mahu hanya dua kerusi..akan ada tambahan,” katanya  dalam sidang akhbar sempena Himpunan Perdana Rakyat Keadilan Sabah, hari ini.

Beliau mengulas tentang kerusi yang bakal ditandingi PKR pada PRN ke-17 nanti.

Himpunan yang akan diadakan pada 4 Ogos itu dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri turut dijangka menjadi salah seorang pemidato yang akan membahaskan tentang isu-isu rakyat.

Mustapha, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, PKR telah mengenal pasti beberapa kerusi DUN yang boleh dijadikan pilihan untuk PKR bertanding namun, perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat pimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Namun, secara dasar PKR sudah melihat dan kenali sendiri status kekuatan parti tersebut dan ia akan dapat mendukung kerusi-kerusi mana yang mereka akan tandingi pada PRN nanti. 

Ahli Parlimen Sepanggar berkata, biarpun ada spekulasi yang mahukan beliau bertanding kerusi DUN namun, perkara itu akan dipertimbangkan dan kerusi yang akan ditandingi haruslah kerusi selamat.

Mengulas hala tuju PKR menjelang PRN, Mustapha berkata, parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan negeri maka, ADUN-ADUN PKR akan terus menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sehingga habis penggal.

“Selepas DUN dibubarkan baru kita tahu siapa rakan kerjasama strategik kita untuk mendepani PRN-17. Kita juga akan mencari keselesaan untuk semua pihak kerana pada akhirnya, yang penting kita kena menjaga rakyat.

“Kita tidak mahu salah pemimpin, partinya baik tapi kalau pemimpin itu tidak membawa kebaikan kepada rakyat, kita akan fikirkan dan pertimbangkan sebaik-baiknya. Itu yang penting sebenarnya, ia bukan tentang parti lokal atau parti Malaya, ini pasal kepimpinan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN