KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan menangguh dan merujuk Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024 ke dua Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen untuk diperhalusi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau memohon menangguhkan bacaan RUU itu di bawah Peraturan Mesyuarat 62, bagi membolehkannya diperhalusi walaupun ia sepatutnya diputuskan hari ini. “Bagi maksud hendak hasilkan RUU yang terbaik, hasilnya terbaik, maka saya bercadang, saya mohon berdasarkan Peraturan Mesyuarat…