KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM950 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja kecemasan luar jangka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sejumlah RM410 juta diperuntukkan untuk memulihara sungai bagi mengurangkan risiko banjir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kepada setiap negeri. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga memperuntukkan sebanyak RM540 juta di bawah RMK-12 bagi kerja-kerja kecemasan luar jangka, bertujuan memulihara struktur-struktur yang rosak…