PARLIMEN: Kerajaan seragam undang-undang syariah utama

PARLIMEN: Kerajaan seragam undang-undang syariah utama

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kerajaan berjaya menyeragamkan beberapa undang-undang syariah yang utama. 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia membabitkan undang-undang Pentadbiran Agama Islam, Keluarga Islam, Tatacara Jenayah Syariah, Tatacara Mal Mahkamah Syariah dan Keterangan Mahkamah Syariah. 

Justeru, katanya, ia menjadi bukti komitmen kerajaan dalam penyeragaman undang-undang Islam di seluruh negara. 

“Namun ada beberapa lagi undang-undang yang perlu diseragamkan agar dapat memperkasa dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran perundangan syariah,” katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berhubung komitmen kerajaan dalam penyeragaman undang-undang Islam di seluruh negara. 

Terdahulu, Zulkifli berkata,usaha penyeragaman undang-undang syariah terletak di bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan (JPIK).

Selain itu, katanya, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan usaha itu selaras dengan fungsi jabatan berkenaan menggubal dan menyelaras undang-undang syariah. 

Beliau menjawab soalan asal Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) meminta kerajaan menyatakan langkah  menyeragamkan undang-undang jenayah syariah di kesemua negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN