KUALA LUMPUR: Kerajaan sedar rakyat terkesan akibat kenaikan harga barangan keperluan dan terus berusaha mengadakan pelbagai program dan inisiatif untuk membantu rakyat, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib. Menurut beliau, antara faktor utama yang menjadi penyumbang kepada peningkatan harga barangan adalah peningkatan kos pengeluaran yang disebabkan oleh kenaikan kos operasi dan ketidaktentuan bekalan akibat isu geopolitik. Selain itu, katanya, kadar tukaran mata wang asing yang melibatkan pelbagai…