KUALA LUMPUR: Selain serangan jantung, vokalis kumpulan XPDC, Ali juga disahkan mengalami masalah paru-paru berair.
Ali yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak memaklumkan dia perlu diletakkan di bawah pemantauan doktor dari semasa ke semasa.
“Doktor sahkan saya alami masalah jantung selain paru-paru berair.
“Namun saya tidak perlu jalani pembedahan, cuma dirawat dengan ubat-ubatan sahaja.
“Saya baru dimasukkan ke hospital semalam, belum tahu sampai bila saya akan berada di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ali dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas mengalami sesak nafas.
Dia disahkan mengalami serangan jantung berdasarkan berdasarkan keputusan Ujian Elektrokardiogram (ECG).
Dalam pada itu, penyanyi berusia 55 tahun itu berterima kasih kepada peminat yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhannya
“Jaga pemakanan. Itu sahaja yang boleh saya katakan dan mohon doakan saya,” katanya ringka