Mohd. Ambia pangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor - Utusan Malaysia

Mohd. Ambia pangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor

Polis Kuala Selangor
RAMLI Kasa (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Mohd. Ambia Nordin sambil disaksikan Hussien di IPD Kuala Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis Kuala Selangor menerima kepimpinan baharu apabila Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin dilantik sebagai Pemangku Ketua Polis daerah berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan itu dengan menggantikan Asisten Komisioner Ramli Kasa yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Perancangan Strategik) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Majlis serah tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini, itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Mohd. Ambia, 45, yang menjawat Timbalan Ketua Polis daerah itu sejak 11 September 2020 berikrar mahu terus mengekalkan penurunan tinggi indeks jenayah.

“Berdasarkan statistik enam bulan pertama tahun ini, indeks direkodkan turun kepada negatif 20 peratus berbanding 15 peratus tahun lalu. Justeru, saya mahu momentum penurunan itu dikekalkan sekali gus memastikan keselamatan dan kenteraman awam daripada jenayah,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ramli, 58, yang berkhidmat di daerah berkenaan sejak Februari 2020 mengharapkan kepimpinan baharu komited meneruskan kerjasama erat dengan masyarakat dalam membanteras jenayah.

“Kerjasama menerusi polisi komuniti seumpama itu amat penting bagi memberi kesedaran umum terutama langkah pencegahan jenayah.

“Sepanjang menjawat Ketua Polis Daerah, saya bersyukur dapat menempuh tempoh sukar ketika pandemik Covid-19 dan menyelesaikan beberapa kes berprofil tinggi seperti kes anak memenggal kepala ibunya pada Januari 2022,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN