SUNGAI BULOH: Mayat wanita ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Isnin lalu disahkan Nur Farah Kartini Abdullah, 25. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya telah menerima keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) hari ini. Katanya, jenazah akan serahkan pada waris, hari ini. “Ya, mayat akan diserahkan hari ini. DNA positif, ia adalah Farah (Nur Farah Kartini),” katanya hari ini.…