KUALA LUMPUR: Kebanyakan pemain industri di Malaysia tahu mengenai Kecerdasan Buatan (AI), namun kemahiran tersebut masih dilihat sempit di negara ini dalam keadaan teknologi AI telah merentasi sempadan antarabangsa. Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, ini kerana masyarakat dilihat lebih tertumpu kepada Chat Generative Pre-Trained Transformer (ChatGPT) untuk mempelajari kaedah AI khusus kepada cara pelaksanaannya dalam pelbagai industri, termasuklah dalam aspek pengurusan.…










