PETALING JAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pengawal peribadinya, hari ini. Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, susulan tragedi itu, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga, barisan pimpinan dan rakyat Palestin secara keseluruhannya. “Malaysia tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan, termasuk pembunuhan yang disasarkan serta menggesa semua negara yang cintakan keamanan untuk turut sama mengecam tindakan tersebut.…