Malaysia ada pakar tangani ancaman siber – Mohamed Khaled

Malaysia ada pakar tangani ancaman siber – Mohamed Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara mempunyai pakar untuk menangani serangan siber dalam pelbagai bentuk termasuk cubaan mengganggu dan mengintip sistem pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui serangan siber ke atas sistem pertahanan negara terus berlaku dan turut menjadi ancaman kepada sektor lain.

“Yang penting ketika ini adalah kita perlu ada kekuatan dan kemampuan untuk menangani­nya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM Energy & Facilities Sdn. Bhd. dan Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan sudah mempunyai pakar yang berkemahiran dalam teknologi terkini.

Selain itu, katanya, pihak kementerian juga akan memastikan tenaga pakar itu tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi terbaharu yang berkembang amat pesat.

“Kita kena tahu teknologi baharu dan perlu tahu bagaimana serangan berlaku. Selain itu, perlu juga dititikberatkan bahawa tidak wajar ada jurang teknologi dalam sistem pertahanan kita,” katanya.

Pada Mac lalu, Khaled Nordin berkata, sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyata­kan sokongan terhadap Palestin.

Beliau berkata, serangan itu membabitkan pelbagai pihak yang bukan hanya bertujuan mengintip pergerakan Malaysia, malah mereka turut menggodam sistem pertahanan negara.

Sementara itu, mengulas mengenai pemakluman daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan memanggilnya bagi prosiding Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dijadualkan pada Ogos depan, beliau mengesahkan sudah menerima hal tersebut.

“Prosiding ini akan bincangkan perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) untuk tahun 2022,” katanya.

Prosiding itu bagi mendapatkan penjelasan susulan pendedahan rizab kewangan agensi itu yang negatif seperti dilaporkan dalam LKAN Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN