IPOH: Lima pelajar lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar junior dalam kejadian pergaduhan di sebuah sekolah berasrama di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan terhadap pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu dibuat sekitar pukul 11 pagi semalam. Katanya, siasatan terhadap kesemua pelajar itu dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. “Tangkapan terhadap kelima-lima pelajar itu dibuat berikutan laporan polis…










