PETALING JAYA: Kegiatan satu sindiket pemalsuan dokumen terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang menjadi dalang aktiviti itu di Chow Kit dekat sini semalam. Penahanan lelaki berusia 24 tahun itu dilakukan dalam operasi khas bermula pukul 8.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di hadapan sebuah hotel. Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pasukan operasi…