Lelaki terlibat judi Euro 2024 diberkas polis

Lelaki terlibat judi Euro 2024 diberkas polis

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian kejohanan bola sepak Euro 2024 di sebuah premis sekitar Bandar Sunway di sini, hari ini.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan menerusi Op Soga X pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya turut merampas satu telefon bimbit kerana mempunyai aktiviti perjudian judi catit taruh Euro 2024.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak sembilan tangkapan dilakukan sejak bermulanya Op Soga X pada 14 Jun lalu.

Kata beliau, sebanyak lapan serbuan dijalankan di sekitar Subang Jaya oleh Bahagian Siasatan Jenayah Subang Jaya, Balai Polis Bandar Sunway dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Hasil serbuan berjaya menahan sembilan orang lelaki dan perempuan berusia 19 hingga 35 tahun dengan rampasan sembilan telefon bimbit pelbagai jenama yang mempunyai aktiviti perjudian judi catit taruh Euro 2024.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) dan kesalahan imigresen di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah dan perjudian diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini