SEREMBAN: Polis menahan seorang pemandu lori penghantaran barang selepas dia didapati memandu melawan arus dalam kejadian di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pada pukuk lebih kurang 7.40 petang telah tular satu rakaman video berdurasi 51 saat di media sosial memaparkan sebuah lori berwarna putih yang bergerak melawan arus di jalan tersebut. “Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang pukul 11.39 pagi. Usaha mengesan suspek dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban. “Ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya