BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditimpa tandan buah kelapa sawit dalam kejadian di Parit Mat Keling di sini hari ini. Mangsa, Jamaluddin Ariffin, 49, ditemukan tidak sedarkan diri dalam kebun sawit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Abang mangsa, Abdul Wahab Ariffin, 51, berkata, kejadian berlaku ketika adiknya mengambil upah mengait buah kelapa sawit di kebun milik penduduk. Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai adiknya yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam kebun sawit pada pukul 1 petang. “Pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan adik saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya