PETALING JAYA: Peningkatan Malaysia ke Tahap 2 dalam Laporan Pemantauan Pemerdagangan Orang bukan sahaja meningkatkan imej negara tetapi memberi harapan baru kepada mangsa jenayah tersebut. Presiden Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, peningkatan tersebut adalah hasil daripada beberapa Langkah signifikan yang diambil kerajaan dan pelbagai pihak lain. Menurut beliau, kempen kesedaran dan pendidikan awam yang berterusan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bahaya dan tanda-tanda pemerdagangan orang juga…









