IPOH: Langkah merujuk perincian mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 kepada Majlis Raja-Raja disifatkan sebagai jalan terbaik jika keseragaman ingin dilaksanakan di setiap negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebarang isu berkaitan agama Islam yang menyentuh undang-undang diri orang Islam jika dihasratkan amalan yang seragam di seluruh negara perlu bermula daripada Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan diikuti Majlis Kebangsaan Bagi Hal…