PARIS: Bintang antarabangsa, Lady Gaga mengesahkan kini bergelar tunang kepada usahawan, Michael Polansky. Perkara itu dimaklumkan pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta kepada Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal. “Kenalkan ini tunang saya,” kata Gaga ketika keduanya hadir menyaksikan acara renang Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini. Perbualan kedua figura ternama itu yang dirakam dan dimuat naik di platform TikTok Gabriel menjadi tular dan diperkatakan ramai. Spekulasi pertunangan penyanyi berusia…










