KINABATANGAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka gerakan massa dalam usaha memerangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi bahan api diesel dan RON95 di Sabah dan Sarawak. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, gerakan massa yang melibatkan orang ramai sedang dirangka itu untuk membantu penguatkuasaan dalam memerangi ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penyaluran maklumat. Beliau berkata, stesen-stesen minyak akan menjadi pusat gerakan manakala, syarikat minyak pula sebagai…










