ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lepas. Tertuduh, Sazali Lokhman, 32, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan. Mengikut pertuduhan pertama, Sazali didakwa meminta rasuah sebanyak RM40,000 daripada seorang wanita berusia 26 tahun sebagai dorongan untuk membantu menurunkan seksyen kesalahan seorang lelaki berusia…










