Konsert pertama Kim Sung Kyu di Malaysia bulan hadapan - Utusan Malaysia

Konsert pertama Kim Sung Kyu di Malaysia bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua kumpulan Infinite, Kim Sung Kyu, bakal mengadakan konsert jelajah solonya selama dua hari di Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Konsert LV3: Lets’ Vacay itu merupakan debut solo pertama Kim di Malaysia selepas 11 tahun bergelar anak seni.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan kesinambungan bagi dua konsertnya sebelum ini iaitu LV1: Light & Voice dan LV2: Like Your Vibes yang diadakan tahun lalu.

Kim mula mencipta nama sebagai figura dunia K-pop selepas menjadi ketua kumpulan Infinite yang melancarkan album mini pertama mereka First Invasion.

Susulan daripada itu, Kim turut melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan menerusi drama Youth Express dan muncul dalam beberapa rancangan hiburan seperti Fluttering India, I Am Korea, In The Heights, Singderella.

Konsert LV3: Lets’ Vacay bakal berlangsung pada 10 dan 11 Ogos di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket dijual bermula daripada harga RM 588 sehingga RM 788.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN