Ketua Polis Perak bantu anggota trafik kemalangan - Utusan Malaysia

Ketua Polis Perak bantu anggota trafik kemalangan

WARGA PDRM menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dilihat berupaya mengukuhkan perkhidmatan penjawat awam merangkumi beberapa aspek.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak cedera apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.15 pagi itu berlaku ketika Lans Koperal Mohd. Faizol Deraman sedang menjalankan tugas mengiring kenderaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) Ke-7 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris yang melalui jalan itu turut berhenti dan segera keluar dari kenderaannya untuk memberi bantuan kecemasan sekali gus memeriksa keadaan anggota terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azizi turut membantu mengangkat motosikal berkuasa tinggi yang remuk di beberapa bahagian.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah kereta yang berada di hadapan berhenti secara tiba-tiba di laluan kiri, menyebabkan motosikal ditunggang anggota terbabit gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

Anggota itu yang terjatuh bersama motosikal mengalami kecederaan ringan dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Kemalangan itu turut disaksikan Anwar dan beliau melahirkan rasa simpati terhadap anggota itu dengan memberi sumbangan yang disampaikan Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN