Kesihatan mental, Selangor tempatkan kaunselor di setiap daerah - Utusan Malaysia

Kesihatan mental, Selangor tempatkan kaunselor di setiap daerah

Kesihatan mental
PERLAKUAN mengendap boleh memberikan implikasi serius terhadap kesihatan mental mangsa akibat diganggu dan dihendap untuk jangka masa lama. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor tempatkan seorang pegawai kaunselor di setiap sembilan daerahnya dalam projek rintis MyMinda dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan kerajaan persekutuan bagi menangani masalah berkaitan kesihatan mental.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaludin berkata, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Kaunselor Antarabangsa Malaysia (Perkama) pada Jun lalu.

“(Kerjasama) dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kaunselor bersama Perkama yang dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun 2024 dengan menyasarkan penempatan sembilan orang kaunselor bagi setiap daerah.

“Program rintis (pilot project) MyMinda yang akan dilaksanakan tahun ini yang klinik kesihatan di setiap daerah akan menggunakan Aplikasi MySejahtera untuk saringan Minda Sihat dan seterusnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-15 Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid berhubung inisiatif kerajaan negeri dalam mengatasi masalah mental rakyat Selangor serta sistem sokongan sosial kepaa mereka yang terjejas.

Jelas, Jamaliah, kerajaan negeri sebelum ini memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat (Sehat) pada 2021 yang membolehkan individu terkesan mendapatkan bantuan melalui inisiatif di aplikasi Selangkah seperti talian Sehat, saringan kesihatan mental, video psikopendidikan dan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi.

Sementara itu, ADUN Sungai Burong Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin dalam soalan tambahan menyifatkan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah bersifat merawat dan meminta exco memaklumkan program pencegahan.

Jamaliah memberitahu, kerajaan negeri melaksanakan program pencegahan menerusi bengkel latihan bersama agensi-agensi terlibat termasuk melatih Sukarelawan Kesihatan Selangor (Suka) untuk mendidik tentang pengetahuan asas kesihatan mental.

“Seterusnya masyarakat umum dikawasan tersebut, mempunyai isu-isu berkaitan, mereka mempunyai pengetahuan atau pengalaman asas yang boleh membantu.

“Selain daripada itu, di bawah kerajaan negeri juga kita terbitkan program bual bicara berkaitan kesihatan mental daripada pakar psikiatri dalam talian sebanyak 19 episod.

“Kita mempunyai 10 siri pendidikan kesihatan berterusan kepada 540 pengamal perubatan dan kita menjalankan enam bengkel kesihatan mental untuk 320 pemimpin mahasiswa,” ujarnya.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN