KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 11 Ogos ini untuk pemakluman status permohonan pemindahan tujuh kes yang dihadapi pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 38, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor. Hakim Zulkifli Abllah memaklumkan tarikh berkenaan pada pengurusan kes tersebut yang berlangsung semalam. Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman. Nik Mohd. Faris berkata, prosiding semalam juga merupakan sebutan semula kes, namun pihaknya belum mendapat keputusan berhubung permohonan pemindahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya