Kerusi Sungai Bakap masih kekal milik PN, Pas

Kerusi Sungai Bakap masih kekal milik PN, Pas

ABIDIN Ismail (tengah) ketika diumumkan secara rasmi sebagai pemenang bagi PRK DUN Sungai Bakap oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Perikatan Nasional (PN) kekal menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila calonnya, Abidin Ismail memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut, hari ini.

Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin, 60, dengan majoriti 4,267 undi.

Bekas eksekutif logistik yang mesra dengan panggilan Abang Abidin memperoleh 14,489 undi manakala lawannya, Joohari atau Cikgu Jo sekadar mendapat 10,222 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurut Khairulnizam, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kali ini pula ialah sebanyak 63.45 peratus iaitu selepas kesemua sembilan pusat mengundi ditutup kira-kira pukul 6 petang tadi.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, penyandang kerusi DUN Sungai Bakap sebelum ini iaitu Alllahyarham Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal diangkat menjadi wakil rakyat selepas menewaskan calon PH ketika itu, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN