KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan memeterai perjanjian kerjasama dengan parti-parti lain sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17). Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebarang bentuk kerjasama akan diputuskan sebelum pilihan raya bagi memastikan pengalaman lepas tidak berulang. Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, UMNO sudah melalui pengalaman membentuk kerjasama selepas PRN lalu bagi membentuk kerajaan namun, parti ini seolah-olah ‘melukut ditepi gantang’. Jika dilihat pada PRN lalu, UMNO…