Kerajaan Perpaduan tidak takut isytihar enam kerusi Parlimen kosong - Utusan Malaysia

Kerajaan Perpaduan tidak takut isytihar enam kerusi Parlimen kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan Perpaduan menolak tuduhan kononnya takut mengisytiharkan kekosongan di enam kerusi Parlimen kerana bimbang berhadapan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil.(PRK).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Perpaduan tidak gerun berhadapan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO sedia bertarung sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) di enam Parlimen berkenaan.

“Bukan kerana itu (takut kalah), kita rasa keenam-enam kerusi ini dulu adalah kerusi UMNO dan kalau (diumumkan) kosong pun UMNO akan bertanding.

“Dalam politik mana boleh takut (dan) saya melihat pengumuman yang dibuat oleh
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul terhadap kedudukan keenam-enam ahli Parlimen yang telah terpecat daripada Bersatu dibuat mengikut Perkara 49 dalam Perundangan Malaysia.

“Mungkin ada di kalangan mereka yang akan dicabar mungkin mengemukakan ‘evidence’
atau bukti. Itu kita serahkan kepada mana-mana pihak untuk membawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau yakin tidak ada ahli politik daripada Kerajaan Perpadua. akan berpaling tadah pada kerajaan sedia ada berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul itu.

“Insya-Allah ianya tidak akan berlaku keadaan itu, mengapa perlu menyokong pihak pembangkang,” ujarnya.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, enam kerusi Parlimen yang disandang oleh bekas ahli mereka tidak diisytiharkan kosong kerana Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan.

Muhyiddin berkata, disebabkan itu Kerajaan Perpaduan didakwa sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Anti Lompat Parti, yang diperjuangkan mereka sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN