Keputusan mengejut, abaikan kekuatiran rakyat punca kalah di Sungai Bakap

Keputusan mengejut, abaikan kekuatiran rakyat punca kalah di Sungai Bakap

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa keputusan dibuat  kerajaan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menjadi ‘bola tanggung’ kepada  lawan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

“Terima sahajalah kekalahan di Sungai Bakap. Jangan banyak alasan dan formula kenapa kalah, rakyat tidak puas hati.

“Kejayaan di Kuala Kubu Baharu tidak bertahan lama. Beberapa keputusan dan tindak-tanduk kerajaan selepas PRK KKB jadi bola tanggung lawan kata,” kata Puad  selepas kekalahan PRK Sungai Bakap semalam.

Menurut beliau, kerajaan tidak sepatutnya cepat lupa daratan selepas memenangi PRK KKB dengan membuat keputusan mengejut dan mengabaikan kekhuatiran rakyat,.

Oleh itu, kata Puad, mereka yang tidak berprestasi dalam kerajaan patut digugurkan.

PRK KKB  pada Mei lalu menyaksikan PH menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 3,869 undi.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak bertahan lama apabila tewas kepada PN dalam PRK Sungai Bakap.

Keputusan itu menyaksikan PN mempertahankan kerusi itu menerusi calonnya, Abidin Ismail dengan majoriti 4,267 undi menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN