JOHOR BAHRU: Curi motosikal dan menjualnya di media sosial dengan harga murah. Tindakan dua pemuda itu bagaimanapun berjaya digagalkan polis, selepas kedua-duanya ditahan dalam serbuan di Larkin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas mangsa berusia 35 tahun membuat laporan polis pada pukul 11.56 pagi mengadu motosikalnya yang diletakkan di sebuah bangunan di bandar raya ini hilang. “Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS membuat serbuan di tiga lokasi berasingan iaitu di Larkin,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya