PEKAN: Jenazah mangsa kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan di sini, selepas pengesahan mayat dlakukan menerusi ujian asid deoksirinobukleik (DNA) di Hospital Sungai Buloh. Jenazah Allahyarham dibawa dari hospital itu pada pukul 2.05 petang menaiki van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiba di tanah perkuburan pada pukul 5 petang. Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis serta…