PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos gagal segala usaha untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana memfitnahnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Perkara itu dimuktamadkan hari ini selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Jamal untuk mendapat kebenaran merayu. Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri…