GEORGE TOWN : “Saya reda dengan apa yang berlaku. Saya sempat bacakan surah Yasin kepada abang (nama panggilan untuk anak sulung).” Itu luahan Nurain Hasnorizal, 25, ibu kepada Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, yang disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP). Nurain berkata, sejak semalam, doktor sudah memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak sulungnya itu merosot dan meminta ahli…










