Keropok racun tikus: Anak kedua Nurain masih kritikal

Keropok racun tikus: Anak kedua Nurain masih kritikal

NURAIN HASNORIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : “Keadaan Adik masih sama. Tiada perubahan.”

Itu jawapan ringkas Nurain Hasnorizal, 25, apabila ditanya mengenai keadaan terkini anak keduanya, Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, selepas lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Luth Syauqi dan abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, termakan makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Susulan kejadian itu, dua beradik tersebut dimasukkan ke PICU di HPP untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 8.30 pagi semalam selepas 78 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ketika ini, Muhammad Luth Syauqi pula dilaporkan masih bertarung nyawa susulan kejadian tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN