Hormati isu Palestin, tak adil jika saya tunjuk bahagia - Fazura

Hormati isu Palestin, tak adil jika saya tunjuk bahagia – Fazura

NUR FAZURA SHARIFUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan selebriti popular tanah air, Nur Fazura Sharifuddin, 40, tidak menolak punca utama dia jarang memuat naik foto atau video mesra bersama suami dan anak kerana menghormati isu Palestin dan saudara Islam di sana.

Menurut Fazura, dia tidak pernah lelah memperjuangkan isu dan nasib rakyat Palestin, justeru tidak sanggup berkongsi kebahagiaan hidup dalam media sosial kerana menganggap ia seakan tidak adil.

“Saya tak dapat nak kongsikan sangat menge­nai kehidupan peribadi saya dalam media sosial. Tak adil untuk saya tunjuk diri sedang bahagia dengan suami dengan anak sedangkan pada kebanyakan waktu di Palestin, rakyat di sana menderita.

“Kita tengok banyak foto dan video tentang kematian bayi dan para ibu yang kehilangan anak mereka di sana. Jadi tak adil dan saya fikir ia tak sesuai jika saya kongsikan mengenai kebahagiaan diri dalam media sosial,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di Hotel Westin, di sini semalam.

Selain itu, ditanya mengenai jihad kecilnya itu, kata Fazura, dia berbesar hati kerana usahanya menyuarakan isu Palestin mendapat perhatian dan kerjasama organisasi Everyday Palestine.

“Sebenarnya saya muat naik itu, kita buat saja kerja-kerja jihad kecil itu. Tak sangka usaha itu dilihat oleh Everyday Palestine.

“Tetapi dari segi kerjasama semua itu memang datang daripada mereka. Saya rasa ia kerana mereka lihat saya banyak kongsikan mengenai isu Palestin.

“Sekarang masih ada juga lagi yang mesej untuk kerjasama, ada juga sesetengah bantuan yang kita pernah buat juga. Jadi daripada situlah banyak kerjasama dilakukan untuk sebarkan mengenai isu Palestin ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura terharu kerana usahanya itu mendapat perhatian dan keprihatinan rakyat Malaysia.

“Semuanya datang dari Allah. Alhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan itu. Ramai juga yang risau kononnya lepas ini saya tak dapat job atau apa. Tetapi itu jihad saya.

“Allah tahu niat saya dan saya percaya pada rezeki yang Allah bagi. Rezeki datang dari-Nya. Saya tidak risau ada job atau tak ada. Terima kasih pada rakyat Malaysia dan kita sama-samalah bersuara untuk isu Palestin ini ya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×