Hamzah dicadang ‘naik pangkat’ Timbalan Presiden

Hamzah dicadang ‘naik pangkat’ Timbalan Presiden

MUHYIDDIN Yassin semasa tiba di Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024 di Pusat Konvensyen Ideal, Selayang, Selangor, semalam. – MINGGUAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diselesaikan secara rundingan apabila Datuk Seri Hamzah Zainudin dicadangkan memegangnya dalam pemilihan akan datang.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muh­yiddin Yassin berkata, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula ditawarkan jawatan Setiausaha Agung.

Beliau berkata, rundingan telah dilakukan dengan beberapa pe­mimpin Bersatu untuk memastikan tiada pertembungan dalam pemilihan parti pada Oktober ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah diberi mandat oleh Majlis Tertinggi parti untuk berunding agar tidak berlaku perpecahan akibat pemilihan.

“Saya mula pertemuan dengan kepemimpinan tertinggi dalam beberapa minggu lepas untuk dapat maklum balas dan mengambil kira cita-cita masing-masing.

“Bermula dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang bersedia berundur dan menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden. Beliau bersedia untuk beri ruang kepada Hamzah sebagai Timbalan Presiden.

“Saya pun tawarkan Setiausaha Agung Bersatu kepada Azmin ke­rana beliau ada ketokohan dan ba­nyak pengalaman serta melakukan tanggungjawab dengan baik,” katanya selepas Majlis Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal di Selayang di sini, semalam.

Sebelum ini, Muhyiddin membayangkan pemilihan Bersatu yang berlangsung pada Oktober ini bakal menyaksikan tiada pertembungan melibatkan jawatan tertinggi.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau telah mengadakan rundi­ngan dengan hampir semua pe­mimpin parti untuk mengelakkan pertembungan demi survival dan masa depan Bersatu.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan wujudnya ‘cai Presiden’ ekoran rundingan dan susunan bakal kepemimpinan Bersatu itu.

“Ini untuk memastikan semua jawatan dapat disusun lebih awal agar suhu (pemilihan parti) tidak terlalu panas,” katanya.

Beliau berkata, semua pertimbangan itu dibuat dengan mengambil kira peranan dan sumbangan masing-masing dalam parti.

Beliau juga yakin dua penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Datuk Dr. Ronald Kiandee akan mempertahan jawatan masing-masing.

Sementara itu, Muhyiddin memaklumkan, pihaknya telah me­lantik peguam untuk meneliti dari segi perundangan sebelum memulakan proses mencabar keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang mengekalkan enam kerusi ahli Parlimen Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini