Gangguan seksual terhadap wartawan, polis rakam keterangan tiga individu

Gangguan seksual terhadap wartawan, polis rakam keterangan tiga individu

HAMZAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Polis telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang petugas kempen Pakatan Harapan (PH) yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wartawan wanita dalam satu program di Sungai Kechil di sini, beberapa hari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, ketika ini, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 30-an itu direman selama dua hari bermula semalam dan tiga individu telah dipanggil bagi merakamkan kenyataan setakat ini.

“Siasatan sudah di peringkat akhir dan kita turut akan melakukan kawad cam hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, polis akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang berhubung kes petugas kempen PH yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan yang sedang melakukan tugasan sempena PRK DUN Sungai Bakap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan berhubung insiden tersebut namun memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN