SHAH ALAM: Gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global sejak semalam tidak menjejaskan operasi semua agensi kerajaan setakat ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemerhatian mendapati gangguan itu hanya melibatkan sektor penerbangan. “Kita tiada menerima sebarang aduan daripada agensi kerajaan yang terjejas akibat gangguan sistem itu. “Sehingga kini, pihak yang terlibat hanya syarikat penerbangan Air Asia,” katanya selepas melancarkan Sistem Pembayaran JuiceUp EV, hari ini. Semalam, institusi utama…










