Esha: Polis ambil keterangan ahli perniagaan, dua lagi akan dipanggil  - Utusan Malaysia Esha: Polis ambil keterangan ahli perniagaan, dua lagi akan dipanggil 

Esha: Polis ambil keterangan ahli perniagaan, dua lagi akan dipanggil 

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini merakam percakapan seorang ahli perniagaan susulan laporan ibu kepada pempengaruh, Rajeswary Appahu atau Esha berkaitan buli siber membabitkan anak perempuannya.

Esha ditemukan mati di rumahnya di sebuah pangsapuri di Setapak di sini, pada 5 Julai lalu. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya akan memanggil dua lagi individu dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah memanggil ahli perniagaan berusia 39 tahun bagi kes tersebut. Dua lagi individu akan dipanggil  membabitkan pempengaruh Tiktok dan penjawat awam yang sedang ditahan kerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini. 

Jumaat lalu, media melaporkan ibu Esha, Puspa P Rajagopal, 56, membuat laporan membabitkan dua lelaki serta seorang wanita yang dikatakan memuat naik video serta membuat siaran langsung di media sosial berkaitan anaknya.

Puspa berharap polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan buli siber supaya mereka dibawa ke muka pengadilan.

Esha ditemukan mati sehari selepas membuat laporan ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Susulan itu, dua akaun TikTok di bawah penama @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha disiasat polis dipercayai menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan berkenaan juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada mangsa selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Bertindak hasil makluman, dua individu yang dikaitkan dengan dua akaun TikTok terbabit ditahan secara berasingan untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dua individu itu didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, semalam, terkait kes kematian Esha.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×