Enam suspek kes kerosin hilang dibebas jaminan polis

Enam suspek kes kerosin hilang dibebas jaminan polis

Zayn Rayyan
Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam suspek yang ditahan berkaitan kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia dekat sini, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tempoh tahanan reman semua suspek termasuk tiga anggota polis berusia 31 tahun hingga 55 tahun itu tamat, semalam. 

“Kesemua suspek diberikan jamin polis setelah tempoh reman tamat. Setakat ini, polis sedang menunggu beberapa laporan daripada pihak bank sebelum menyerahkan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 21 Julai lalu, media melaporkan polis merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dilaporkan berkata, setakat ini tiada tangkapan terbaharu dan enam individu termasuk tiga anggota polis yang ditahan masih dalam tahanan reman.

Khamis lalu, polis menahan enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api itu.

Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api berkenaan pada 15 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×