ALOR SETAR: Dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup minyak petrol dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Durian Burung, Padang Terap, Sabtu lepas. Tertuduh, Phatcharee Hama, 38, dan Abdulloh Saleesing, 21, dari Songkhla, Thailand bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali. Mengikut pertuduhan, Phatcharee didakwa memiliki bahan kawalan…