KOTA MARUDU: Selepas dua hari dilaporkan hilang semasa keluar ke kebun, lelaki warga emas berusia 83 tahun ditemukan selamat di kebun getah di Kampung Tambilidon Pitas, dekat sini semalam. Warga emas itu ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak satu kilometer dari rumahnya pada pukul 7 malam. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, lelaki warga emas itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar ke kebun…










