KUALA TERENGGANU: Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah merasuah seorang inspektor polis di sini, minggu lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Norashima Khalid terhadap tertuduh, Mohammad Shakir Mohammad Zokoria, 27, hari ini, sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh penterjemah. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM250 kepada seorang inspektor bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…