KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan jenayah pecah rumah dan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga jirannya, minggu lalu. Tertuduh, Mohd. Fadhli Mukhtar, 52, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memecah masuk sebuah rumah untuk menyerang seorang wanita yang berusia 27 tahun secara seksual. Tertuduh…

 
								 
											









