LOS ANGELES: Black Entertainment Television (BET) tampil memohon maaf selepas insiden memalukan menimpa penyanyi, Usher semasa penganjuran anugerah BET, baru-baru ini. BET dalam kenyataan memaklumkan pihaknya kesal apabila audio ucapan penyanyi itu selepas menerima salah satu anugerah malam itu terpadam akibat gangguan teknikal. “Penghormatan untuk kami kerana meraikan ikon global, Usher menerusi penganugerahan selain mendapatkan beliau ke atas pentas untuk berkongsi ucapannya. “Tetapi, amat mendukacitakan apabila sebahagian ucapannya tidak kedengaran di kaca televisyen ekoran masalah teknikal. “Kami memohon maaf kepada Usher dan ingin memaklumkan BET amat bersyukur dengan penyertaan beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya