Besarkan anak autistik di UK, saya buat keputusan yang tepat - Edry Abdul Halim - Utusan Malaysia

Besarkan anak autistik di UK, saya buat keputusan yang tepat – Edry Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Edry Abdul Halim, 48, memaklumkan keputusan untuk menetap di United Kingdom (UK) dan membesarkan anak ketiganya yang juga penghidap autisme, Emery di sana sebagai tepat.

Menyifatkan sebagai keputusan terbaik yang pernah diambil sepanjang hidupnya, Edry memaklumkan tidak akan berpatah balik, sebaliknya terus memberi komitmen sepenuh masa menjaga dan membesarkan anaknya itu di sana.

“Di sana, kesedaran mengenai autisme adalah sangat tinggi dan selain kos penjagaan ditanggung kerajaan United Kingdom (UK).

“Tapi yang paling membuka mata saya adalah sokongan masyarakat UK terhadap golongan autistik yang mana pada saya kalau di Malaysia, perlu ditambah baik.

“Semua ini berbalik kepada kesedaran. Saya tak salahkan sesiapa kalau di Malaysia, ada yang tak boleh tahan tengok anak-anak autistik meragam di kawasam awam, mungkin mereka tak faham keadaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Edry bersama isteri dan anak-anaknya mula berhijrah ke UK kira-kira enam tahun lepas. Keputusan itu diambil selepas kumpulan KRU dibubarkan pada tahun 2018.

Kata Edry, Malaysia wajar mencontohi UK dalam aspek penjagaan golongan autistik dan kurang upaya yang mana lebih kedepan dan membangun.

“Silapnya adalah kita asingkan anak-anak autistik dengan kanak-kanak normal. Bagi membolehkan anak-anak autistik menjalani kehidupan normal, mereka perlu dicampurkan dengan komuniti.

“Di UK, kanak-kanak autistik atau kurang upaya menjadi sebahagian daripada masyarakat. Tidak dibeza-bezakan.

“Golongan ini tidak perlukan simpati masyarakat, tetapi mereka mahu diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN